Monday, July 23, 2012

AGAR2 LAST MINUTE - bidan terjun.!


agar2 ni zaza buatkan utk 
majlis perkahwinan bakal adik ipar zaza..

tema majlis perkahwinan dia warna merah
jd zaza buat agar2 ikut warna tema majlis..

dan letakkan dalam bekas petak
sbb masa ni bekas bulat habis.. =_="

zaza tak rancang nak buat agar2 ni..
last minute baru buat keputusan nak buat untuk dia..
agar2 ni zaza mula buat seminggu lebih sebelum majlis..
plus masa tu musim hujan mmburukkan lg keadaan..

gambar pun amik di rumah kenduri.. 
thus, agar2 ni tak kering dengan elok.. 
kalau perasan ada agar2 yg nampak masih basah dan berkilat.. 

so, for those yg nak tempah, dinasihatkan tempah awal 1 atau 2 bulan sebelum..
untuk elakkan dari perkara ini berlaku.. huhu

kalau tak kering begini, agar2 ni tak boleh simpan lama..
kena makan terus @ keringkan semula dgn sempurna.. 

Saturday, July 14, 2012

AGAR2 KERING MERAH DAN DUSTY ROSE

permintaan daripada Pn Asmah HSB untuk dijadikan hantaran bagi
 majlis perkahwinan anak bongsunya

tema majlis perkahwinan bewarna merah..

Jadi Pn Asmah request untuk agar2 kering bewarna merah mengikut tema warna majlis.


warna asas yang dipilih warna merah, 
jadi zaza buatkan agar2 dengan tona merah. 

tona warna = merah, merah lembut / muda dan putih.

warna yang zaza buatkan :
merah + dusty red + putih 


agar2 yg dh siap zaza serahkan pada Pn Asmah 4 hari sebelum majlis berlangsung. 

Friday, July 6, 2012

bunga agar-agar purple pink and white

tempahan agar-agar kering bunga ros daripada kak ina HSB
untuk majlis perkahwinan adiknya di Pida, Kedah.

kak ina tak pilih tema warna agar-agar yang dia nak
jadi zaza buatkan warna pink, purple and putih.

agar-agar kering yang dh siap di gubah - tp tanpa daun n beads

ni pulak yang siap beadings n letak daun.
mama zaza ckp if letak beads n daun ru naik seri.. =)

dah siap letak beads, daun.. ni lah hasil akhirnya...

siap seal n boleh di hantar pd customer.. =)
*maaflah - kualiti gambar kurang elok
luckily kak ina n pengantin suka dengan warna pilihan zaza ni..

Sunday, July 1, 2012

pengenalan : agar-agar kering ros


AGAR-AGAR KERING ROS


agar-agar kering ros ni di buat dari agar-agar dan gula.. 
sama macam agar-agar kering biasa, 
jangan risau, boleh di makan ya.. =)

 cuma yang ni zaza bentukkan jadi bunga 
dan zaza gubah jadi jambangan bunga.

then isikan dalam clear box (bulat or petak)
boleh juga letak dalam bekas sendiri..

sangat sesuai sbgai hantaran bg majlis pertunangan, perkahwinan..
juga sesuai utk majlis2 formal dan sebagai hadiah..

warna bunga agar-agar kering ros boleh pilih :
---ikut warna yg diminati or 
---sesuai dgn tema majlis..

ni contoh agar-agar kering ros diguna sebagai hantaran :

tema warna : light pink and light purple
agar-agar kering ros ni tahan lama kalau di jaga dengan baik..
teknik penjagaan :
-simpan pada tempat kering n sejuk..
-pastikan tiada semut ya.. INI PENTING.!!
-jangan dedahkan pada direct sunlight - nanti warna luntur..

Agar-agar bunga ros dari dekat
harga :
Bekas bulat - RM 65
Bekas petak - RM70
Bekas sendiri - bergantung pd bilangan bunga dan saiz bekas 

*harga diatas tidak termasuk kos penghantaran*


tempahan mesti dibuat 2 / 1 bulan sebelum or 
selewatnya 3 minggu sebelum utk pastikan agar-agar kering dengan elok.. =)
esp kalau musim hujan or musim cuti sekolah.. 

sebarang pertanyaan boleh hubungi zaza :
zaza - 014 - 743 7995

NOTE :
base zaza di ALOR SETAR, KEDAH. zaza boleh ntarkan bg yang berdekatan or self-collect. tetapi bg customer yg jauh, zaza boleh hantarkan dengan kurier GDEX (seluruh semenanjung - RM15).